Pengikut

Buat Tatapan

Sebarang penulisan di dalam blog ini adalah daripada pemerhatian, pembacaan dan pengalaman penulis. Jika anda rasa perkongsian saya ini memberi manfaat kepada orang lain, silalah berkongsi dan tidak perlu meminta izin kepada saya. Sesungguhnya ilmu ini adalah ilmu Allah dan saya hanyalah perantaraan sahaja.

Azrina Mohd Tajul Ariffin
Lactation Peer Counselor
Pengedar Sah Shaklee

Jumaat, Mei 18, 2012

Homestay Seksyen 3, Bangi

Bilik tidur utama

Almari baju

Assalammualaikum..

Kepada mereka yang berminat untuk mencari homestay di sekitar Bangi bolehlah hubungi saya untuk tujuan tempahan. Homestay ini adalah rumah 2 tingkat dan lengkap semua perabot. Aircond di ruang tamu dan juga master bedroom. Punya peti ais dan TV.  Berminat boleh hubungi saya di 012-3202573 untuk pertanyaan bayaran.
Baca Selanjutnya >>
Makan-makan di Fontana, Equine Park, Seri Kembangan

2 anak dara ni kalau berposing memang kalah Mamanya....hehehe

Walaupun saya makan-makan tetapi saya masih amat berhati-hati dengan pengambilan karbo dan sebagainya kerana saya masih di dalam proses berdiet untuk mendapatkan berat ideal saya iaitu 60-65kg akhir Disember 2012 ini. Bagi saya bila kita berdiet ia tidak beerti kita tak boleh makan, masih boleh makan tetapi di dalam kuantiti yang terkawal dan kalau boleh kalau dah terlebih ambil tu buatlah workout untuk burn lemak-lemak yang buatkan kita kelihatan huduh hehehe. Bagi saya Alhamdulillah selain makan hati heheheh saya juga minum banyak air masak untuk meninggikan proses metabolisme. Jangan takut untuk makan OK.
Baca Selanjutnya >>

Isnin, Mei 14, 2012

Testimoni Diri Sendiri

Salam buat hot mommies...saya nak share apa yang berlaku pada diri saya selama 1 bulan saya buat workout dan konsisten dalam pengambilan suplemen. Insyaallah saya lebih berkeyakinan tinggi, terasa lebih sihat, lebih muda dan lebih ceria dengan transformasi saya ini. Anda bila lagi??? JOM BAKAR LEMAK!!!


TARGET - 60-65KG END OF DISEMBER 2012

Ini gambar yang diambil hari ini itupon setelah saya mengugut officemate saya untuk meminjam Galaxy Tab 7 inch beliau untuk snap gambar saya yang perasan ala-ala Miss World kan hehehe. Saya ugut kalau dia takmo snap gambar saya, saya takmo temankan dia workout sesama kat gym Presint 8 hehehe. Ada yang cakap saya guna KORSET untuk baju merah tu tapi YA AMPUN...korset pon takde *macamlah takde kan heheh* tapi JUJUR saya katakan saya tak guna korset di dalam proses untuk turunkan berat badan nanti rugi beli sesiap pastu dah kurus jadi longgar...haaa kan membazir. Saya berminat nak dapatkan Premium Beautiful tu tapi segalanya di dalam perancangan sebab saya percaya kita perlu kurus secara ALAMI, jangan main tipu nak tutup lemak bila bukak maakk aiii flabby gilos.

Saya start berdiet pada 13 April 2012 dengan berat 95kg dan kini genap sebulan iaitu 14 Mei 2012 saya telah capai penurunan sebanyak 10kg, berat sekarang ialah 84kg. Jangan ingat mudah untuk turunkan berat badan kerana terlalu banyak pengorbanan air peluh dan mata telah saya keluarkan untuk jadi seperti ini, walaupun tak seberapa tapi saya berpuas hati sebab saya dah keluar dari zon selesa di mana dahulu orang tak pandang saya pun dan kini....ehem ehem...banyak benar yang memandang hinggakan saya rimas (saya bukan riak ye). Saya ingin buktikan bahawa apa yang saya lakukan selama ini bukan OMONG-OMONGAN kosong. Insyaallah tahun hadapan pada 2013 saya akan menjadi AZRINA yang serba baru.

Bagi saya amalan mengambil suplemen masih saya teruskan dari menyusu hingga untuk menjadi langsing. Saya amalkan semua ini sampai sekarang bahkan saya semakin konsisten dengan syarat air masak 4 liter sehari. Terima kasih Shaklee kerana mengubah hidup saya 200%!!! Amalan saya setiap hari ialah amalkan B Complex, Omega Guard, Vitamin C, Ostematrix, ESP, GLA, Vitamin E, Herba Lax dan beberapa lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh msg saya di 012-3202573 OK.

Baca Selanjutnya >>

Khamis, Mei 10, 2012

Update Citer Nak Kurus


Update berat dan ukur lilit (Gym + erobik 5x seminggu)

Mei - 85.8kg
Peha - 25 inch
Lengan - 14 inch
Pinggang - 35 inch
Pinggul - 44 inch

April - 89kg
Peha - 26 inch/
Lengan - 14 inch
Pinggang - 38 inch
Pinggul - 47 inch
Ini je yang mampu saya update buat masa ni ye. Hehari pi gym...fuhhh tak larat!! Gud luck sapa yang nak kurus tu ye.
 
 

Baca Selanjutnya >>

Isnin, April 30, 2012

Set Penyusuaan Terlaris dan Hot

STICKY ENTRY

  Mana satu pilihan anda?
- tengok bajet anda
- tengok apa keperluan anda
Hanya anda sahaja yang tahu apa PILIHAN anda!!




 
PROMOSI APRIL 2012
MEAL SHAKES


GRAB IT NOW !!!!!


Jika anda berminat bolehlah hubungi saya seperti maklumat yang dibawah ini ye.


email : azrina@mamayangcekal.com/HP : 012-3202573/sms/WhatsApp/BBM 2687 EED







Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Baca Selanjutnya >>

Sabtu, April 21, 2012

Diet Atkins - Latest Gambar

PERHATIAN - Diet Atkins tidak boleh diamalkan untuk WANITA MENGANDUNG, WANITA MENYUSU BADAN DAN MEREKA YANG ADA MASALAH BUAH PINGGANG. PLEASE CONSULT UR DOCTOR

Minta maaf sebab camera girl masih amatur, baru 6 tahun itu pun ambil dengan HP BlackBerry huhuhu tapi sebab ramai mcm tak percaya so saya cuba upload gambar selepas 7 hari saya buat induction. Latest berat ialah 86++kg. Apsal ada ++....takyah tanya suka-suka hati lah nak letak. Ok korang leh tengok......silalah kutuk atau komen. Itupon dalam 7 hari adalah beberapa kali kantoi sebab rasa nak pitam pas buat erobik.

Mak Anak dara perasan vouge yang tengah menampung lemak sebanyak 95kg...aci?


Minta maaf sebab visual kurang memuaskan sebab upah takde gaji kat anak dara umur 6 tahun tu itupon sejam sesi shoot guna BlackBerry. Sekarang berat saya sudah ke 86kg. Target saya untuk capai 80kg sebelum Hari Buruh....hahahahah aci tak?



Gambar meroyan terlebih suda. Jangan tengok gambar baju tak berlipat tu ye, abaikan. Emak cakap lain kali pakai seluar kecik baru nampak bukti dah turun KG. Alaaa baru 86kg bukti tak banyak tunggulah 60kg nanti ye haha
 
Saya akan update lagi lepas saya mengemas rumah almaklumlah rumah dah macam tongkang karam ni. Haa itu pon senaman juga tu..senaman mulut sebab membebel kat 2 orang anak dara ganaih ni sebab menyepah dan juga senaman kuar peluh lipat baju, mop lantai, masak, jemur baju, jemur budak2 tu sekali. Pastu saya akan start class erobik di rumah dengan kos yang murah jer...beli je CD heheheheh. Nak kurus kenalah seksa diri sikit...selama ni dah ternak badan lama so nak kurus bukan leh ambil masa sekejap. Oh ye..saya dah daftar pertandingan MISS WORLD 2012 sebab tu kena KURUS sebab hadiah utama ialah DETING SEHARI DENGAN AARON AZIZ...ko ada? Hahahahahahhaha.....

Mesti orang tanya mengapa ALONG beriya-iya bebenor nak KURUS kan? Meh nak share sedikit.

1. Sebab selalu sakit sakit, operation buang hempedu, selalu lenguh lutut, kebas tangan sampai Dr minta buat screen test takut ada arthritis (penyakit sendi) dan selalu stress dengan macam2 benda sampai 2-3 kali blood pressure naik, ngeri tau!
2. Saya ni pengedar produk kesihatan dan kecantikan, ada je customer sinis ataupun saya pasti tahu ada customer cakap laaa kak Azrina tu gemokkkkkkkk camner leh jual produk slimming dan cantik kah kah. Hena kan...takpe ahkak ambil CABARAN tu.
3. Sebab sekarang saya dah posting ke pejabat KSU di JPM then of coz PENAMPILAN kena jaga
4. Suami saya jenis tak support apa2 pon dari dulu tapi saya berjaya gak kan...so yang ni pon dia cakap dia tak percaya saya boleh kurus so itulah penguat semangat saya...eh dari dulu lagi saya tak penah disupport..hidupnya saya ni dengan jayanya....ko ada?

SO.....jangan tunggu 100kg baru nak diet ye....apalagi..jom BAKAR LEMAK!

OBESITI SIFAR DENGAN ATKINS!!!!
Baca Selanjutnya >>

Selasa, April 17, 2012

Diet Atkins - HARI KETIGA


PERHATIAN - Diet Atkins tidak boleh diamalkan untuk WANITA MENGANDUNG, WANITA MENYUSU BADAN DAN MEREKA YANG ADA MASALAH BUAH PINGGANG. PLEASE CONSULT UR DOCTOR

KANTOI INDUCTION huwaaaaaaaaaaaaa

Ini menu untuk saya makan setiap hari (harap tak bosanlah ye) iaitu saya beli tang dada jer dan salut dgn kunyit + garam sedikit then panaskan kuali leper. Nak kreatif saya letak minyak zaitun atas tu supaya daging ayam tu tak melekat-lekat. Rasa apa? Bolehlah nak alas perut.


Seriously, hari ke-3 saya dah mula rasa mual dan tak lalu nak makan sebab takde idea nak pelbagaikan menu. Lauk yang saya buat tu ialah salad 4 helai + ayam bakar + telur putih 2 biji + mayonis + lada putih. Minum air masak + green tea  yang 0 gram. Sebelum tu pepagi buta saya dah berjogging dalam 1 jam di persisiran Tasik Putrajaya, pehhhhh best peluh banyak keluar dan balik-balik lutut mula sakit sebab dah lama jadi GEMOK.

Hari ke-3 juga saya kena pergi kenduri so memang cabaran sangat hebat kerana makanan menusuk jantung dan kalbu tapi masih boleh bertahan dan malam tu saya kantoi induction untuk hari ketiga sebab saya migrane. Jadi terpaksalah korbankan induction dan melapah Milo O + biskut 6 keping hahaha. Takpe, saya akan mulakan semula induction ni demi nak jadi ala-ala Miss World kan. Dalam dunia tiada yang mustahil pun apabila semangat, azam menjadi penyokong untuk berjaya.

PERINGATAN MESRA

Jangan biarkan diri anda di dalam mode lapar ye sebab ia akan menyebabkan metabolisme kita akan slow dan takut ketosis tu tak jadi. Bila ketosis tu tak jadi nanti kita tak nampak badan kita mengecik atau tak turun2 berat tu ye. Tapi untuk yang tidak turun banyak janganlah frust yer yang penting saiz pinggang, saiz lengan, saiz bontot atau saiz yang sepatutnya kena turun bukan bergantung semata-mata pada BERAT. Kalau turun tak banyak tapi bila pakai baju atau seluar rasa loose maknanya KETOSIS korang jadi. Size does matter ye. Please make sure juga dapatkan tidur secukupnya dalam 7 jam dan jangan STRESS. Bila kurang tidur korang akan slowkan lagi metabolism dan bila stress takleh manage lambatlah nak kurus, ngerti.  Paling bagus ambillah apa-apa multivitamin untuk mengisi kehilangan nutrisi di dalam badan korang dan buatkan korang tak letih. 

Amalan saya ialah, saya ambil Omega Guard (sangat membantu untuk cepatkan penurunan lemak), Alfafa, Herba Lax dan B Complex (spark plug di mana ia bakar gula jadi tenaga dengan cepat) dan janganlah risau kalau korang rasa B Complex tu naikkan selera makan sebab saya buat diet Atkins ni selera makin kurang tapi push juga diri makan sebab untuk upkan metabolisme. Kalau kita skip makan metabolism kita akan slow so lemak takleh nak dibakar jadi berat pun tak turun banyak. Paling bagus ambillah green tea (baca label ye) atau teh cina tu sebab ia buang toksin.

Rasanya saya share ini dulu untuk hari ini kalau ada kemusykilan boleh drop soalan di ruangan komen.


OBESITI SIFAR!!!!


email : azrina@mamayangcekal.com/HP : 012-3202573/sms/WhatsApp/BBM 2687 EED













Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Baca Selanjutnya >>

Isnin, April 16, 2012

Obesiti Sifar Dengan Diet Atkins

Salam semua warga bloggers...

PERHATIAN - Diet Atkins tidak boleh diamalkan untuk WANITA MENGANDUNG, WANITA MENYUSU BADAN DAN MEREKA YANG ADA MASALAH BUAH PINGGANG. PLEASE CONSULT UR DOCTOR



Mula - 13 April 2012
Berat Asal - 95kg
Berat Terkini - 87kg
Berat Ideal - 63kg

Hari ini saya nak cerita sedikit apa dia diet ATKINS yang strict dan kijam gila ni kan. Bagi orang yang dah laluinya sebenarnya ia tidaklah kijam sangat tetapi ia sebenarnya mengajar kita MENGHARGAI badan kita yang selama ini kita asyik duk sumbat dengan makanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat. Diet ini tidak memerlukan anda untuk ambil apa-apa ubat pun tetapi jika anda ingin turun cepat dengan bantuan suplemen amatlah digalakkan kerana untuk induction 2 minggu ini kita perlukan high protein  yang banyak dan ini adalah untuk sementara sahaja. Bagi mereka yang menyusu, mengandung dan mempunyai masalah buah pinggang sangatlah tidak digalakkan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang lain please consult ur doctor first macam saya.

Untuk permulaan kita perlu buat induction 2 minggu, jika terkantoi anda harus memulakan semula macam saya hehehe.  Ada orang tanya ape menda induction tu...ala dlm BM INDUKSI...macam ala ala hari orientasi kan camtulah juga kita buat pada badan kita....orientasi mencut off segala makanan berkarbohidrat. Hari ke-3 saya alami migrane teruk so hendak tak nak saya terpaksa alas perut sedikit, saya ambil milo O dan biskut kering 6 keping malam tadi hahaha. Sebaiknya anda haruslah mengawal ketat jadual pemakanan anda untuk induction kerana ia membantu anda turunkan berat badan dengan banyak. Lupa nak cerita...apa sebenarnya diet Atkins ni? Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat which is kita tidak boleh ambil segala benda yang ada unsur karbohidrat seperti :

1.  Nasi
2.  Segala mak nenek TEPUNG (nugget, roti canai, roti Gardenia, tepung salut ayam dan asalkan ada tepung)
3. Segala mak nenek GULA (kurma, kismis walaupun ia makanan sunnah Nabi)
4. No AIR MANIS, berais, mineral, air paip, air sungai, air hujan
5. Semua jenis BUAH sbb tinggi gula
6. Semua jenis SAYUR kecuali KOBIS, SALAD, TIMUN dan TOMATO
7. Elakkan mak aji
8. Elakkan makanan diproses mcm sosej, lagi baik buat sendiri
9. Segala jenis BERAS walaupun beras Pony, beras perang, ungu, ijau

PERINGATAN MESRA
1. Pastikan pengambilan karbohidrat anda hanya 20gram sehari sahaja
2. Pastikan air masak 2 liter ke atas (saya minum 4 liter atau lagi bagus 1 tempayan)
3. Sebelum makan minum air bergelas2 then after 30 minutes baru makan
4. Kalau kantoi induction ni mula balik...terminum air manis sesudu pon kira kantoi hahaha
5. Stop makan before 7 petang
6. Dapatkan tidur yang cukup at least 7 jam (kalau korang pepandailah korang cover)
7. Semasa berdiet elakkan rasa stress kerana stress akan memperlahankan proses penurunan berat badan (ini saya tambah sendiri hasil pembacaan saya)

KETOSIS
Hape benda ketosis ni...macam tak senonoh kan bunyinya. Bila kita buat induction 2 minggu ni (lebih 2 minggu lagi bagus sampai korang pueh hati dengan berat korang) akan berlaku proses ketosis. Ketosis dalam bahasa mudah ialah proses menggunakan lemak sebagai punca tenaga di mana asalnya badan kita gunakan karbohidrat untuk jadi tenaga jadi untuk diet Atkins kita gunakan lemak yang ada untuk jadi tenaga dan sebab itulah badan akan mula mengecil. Selama ini bila kita makan nasi, kita tukar nasi jadi tenaga, lemak yang ada tak guna so simpanlah dalam badan berzaman-zaman kan sampailah kita menjadi GEMOK.

TANDA KETOSIS
1. Nafas berbau
2. Pening
3. Kencing kuning
4. Tenaga bertambah - protein buatkan kita kenyang lama iaitu 8 jam compare karbohidrat lebih kurang 4 jam
5. Selera makan kurang - inilah yang sedang berlaku pada saya sekarang
6. Heavy urine
7. Ada white floaties dalam urine (orang kata lemak kita keluar)

Kalau korang tak jaga pengambilan karbohidrat time induction ni....kemungkinan ketosis tak jadi so berat tak turun banyak so kene teliti dan belajar baca label setiap makanan lepas ni.

Perlu ke suplemen? Sangat PERLU kerana ia membantu untuk mengisi segala zat yang hilang masa berdiet ni dan ia juga membantu untuk percepatkan proses penurunan berat badan. Apa yang saya amalkan?
- Omega Guard
- Alfafa
- Herba Lax
-B Complex

Rasa-rasa faham tak, kalau tak faham bolehlah calling-calling saya ataupun sms/WhatsApp saya ye. FYI, untuk hari ke-4 berat saya kini 87kg (asal 95kg) sukeeee!!!!


OBESITI SIFAR!!!!


email : azrina@mamayangcekal.com/HP : 012-3202573/sms/WhatsApp/BBM 2687 EED













Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Baca Selanjutnya >>