Kali ini aku nak bercerita sedikit tentang pil perancang. Aku sangat berminat untuk menjawab di susuibu.com kalau orang mula bertanyakan mengenai pil perancang kerana aku sememangnya tidak pernah mengamalkan cara inzal semasa bersama oleh kerana aku tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Kedua-dua anak aku dan hinggalah sekarang aku memang mengamalkan pil perancang dan alhamdulillah aku tidak mempunyai apa-apa masalah bila menggunakannya. Di sini aku detailkan sedikit mengenai pil perancang yang aku tahu. Untuk pengetahuan kalians keberkesanannya ialah 99%. Semasa pantang ke-40 hingga Aisyah berusia 9 bulan aku makan Noriday di mana ia memang khas untuk ibu menyusu dan mempunyai dos yang sangat rendah. Harus dimakan dengan tepat dan displin dan makan secara berterusan selama 28 hari non stop. Semasa Aisyah berusia 9 bulan aku mula menjadi cuak kerana Noriday hanya di makan sehingga bayi berusia 6 bulan kerana ketika itu bayi kita sudah pon memulakan solid food yang pertamanya dan dikhuatiri ia menjadi tidak accurate dan selalunya dinasihati untuk menukar perancang yang lain dan sekarang aku mengambil suntikan Depo selama 2 bulan dan setakat ini aku tidak merasa apa-apa kesan sampingan yang memudaratkan diri aku dan tidak sedikit pon menjejaskan pengeluaran susu aku. Setakat ini aku masih lagi tidak didatangi haid. Kenapa aku memilih suntikan Depo kerana ia menyerupai Noriday di mana tidak mengganggu pengeluaran susu badan dan kesan sampingannya juga tidak banyak seperti pil-pil yang lain.
Jenis pil perancang
Estrogen dan progestron
seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon
Progestron sahaja
Noriday dan juga suntikan Depo 2 bulan/3 bulan
Kesan sampingan
- Saluran darah tersumbat. Hal ini amat ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah A
- Pening dan mual serta lebih terdedah kepada berlakunya migrain
- Fluid retention - cecair badan susah dibuang daripada badan
- Buah dada menjadi tegang
- Faraj menjadi kering
- Lebih terdedah kepada masalah berat badan, samada turun atau naik secara mendadak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan